Rabu, 26 Mei 2010

MENGETAHUI RAHSIA TARIKH LAHIR BAGI MEMASTIKAN KERJAYA YANG SESUAI UNTUK ANAK2 KITA.

Bagaimana Menggunakan Kaedah Kiraan Tarikh Lahir Untuk Mengenal Pasti Bakat dan Kerjaya Yang Sesuai Untuk Anda atau Anak Anda? ===============================================================
Tarikh lahir yang kita akan cuba huraikan hari ini adalah
berkaitan dengan satu perkara yang pastinya menjadi dilemma
dikalangan ibu bapa.
Apakah bidang yang sesuai untuk anak-anak kita?
Apakah bakatnya yang kita nampak atau bakat yang terpendam
yang boleh digilap?
Di dalam banyak situasi, ibu bapa adalah penentu hala tuju pilihan
pendidikan anak-anak, kursus yang bakal diambil di peringkat
Universiti dan kerjaya yang akan dibina.
Kadang-kadang pilihan ibu bapa itu selari dengan minat atau
kebolehan anak-anak, tetapi ada juga berlaku di mana anak-anak
memberontak secara senyap dan ada yang bertukar bidang dan
kerjaya dari bidang akauntan pindah ke masakan, dari peguam
menjadi penyanyi, dari penganalisa pelaburan  ke bidang
perniagaan dan pemasaran dan pelbagai situasi yang berlaku di
mana ibu bapa merupakan penentu awal kepada hala tuju kehidupan
anak-anak mereka. Bukan begitu?
Emel dari Pembaca:
Salam En Azizan
Saya berminat untuk mengetahui potensi diri saya. tarikh lahir
saya  11/01/1989. Saya juga ingin mengetahui adakah kursus
perubatan yg saya ikuti sekarang adalah profesion yang terbaik
bersesuaian dgn karakter saya?  Terima kasih.
Nur Syahirah
Adik Nur Syahirah,
Di dalam kajian tarikh lahir ini, perkara asas yang kita perlu
kenal pasti adalah nombor asas seseorang itu, contohnya di dalam
kes adik, nombor asas adik adalah 2-1-3.
Huraian ringkas yang saya boleh buat ialah karektor adik
ini mengikut kod No.2 di depan itu, adik ini adalah seorang yang
sensitif, penyayang, suka kepada kedamaian, analitikal, rakan
yang ideal, mahu hubungan yang sempurna cumanya adik ini
kadang-kadang susah nak buat keputusan kalau diberi dua atau
lebih pilihan.
Adik mudah confuse terutamanya kalau pilihan itu
perlu diberi secara tiba-tiba.
Kod No.1 menunjukkan adik ini adalah seorang yang “perfectionist”.
Bila adik ini membuat sesuatu, adik mahukan yang terbaik,
adik juga suka memimpin, banyak idea, ada inisiatif untuk memulakan
sesuatu.
Dan Kod No.3 menunjukkan adik ini bertenaga apabila membuat sesuatu kerja,
suka push diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu dan
sentiasa teruja di dalam membuat sesuatu perkara.
Cuma adik ini kadang-kadang “hangat-hangat tahi ayam” dan mudah hilang
fokus.
Secara keseluruhan, tarikh lahir adik di segitiga menunjukkan
yang adik ini ada potensi untuk menjadi popular (atau memang dah
popular), ada potensi yang bagus. Ada kekuatan pada suara,
mungkin boleh mengajar, menyanyi, memberi ceramah. Adik juga
mempunyai kekuatan deria ke-6 yang bagus (6th sense). Adik ini
ada kekuatan berkomunikasi secara semulajadi. Sesuai juga untuk
terlibat di dalam kerjaya yang berkaitan dengan komunikasi
Dari aspek kerjaya, adik sesuai untuk menjadi doktor sekiranya
itu pilihan adik dan minat adik kerana nombor akar adik adalah 3
di tengah. Apa saja bidang yang berkaitan dengan perubatan,
masakan, perkayuan, perladangan, pengurusan adalah sesuai untuk
adik. Teruskan bidang adik itu tetapi janganlah mudah terpengaruh
dengan percintaan buat masa ini kerana adik ini mudah hilang
fokus terhadap pelajaran. Untuk huraian lanjut nanti, kita akan
berjumpa di Mini Workshop bulan depan dan adik akan diajar lebih
banyak lagi tentang karektor diri adik, langkah demi langkah
sebagai panduan untuk berjaya. Ia ibarat macam papan tanda simbol
lalulintas untuk memudahkan kita sampai ke tempat yang dituju
dengan Izin Dia.

Dr. Azizan Osman
CEO & Pengasas, Rich & Richer Resources
Moderator Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Workshop Rahsia
Kuasa Minda Jutawan
p/s: Siri artikel seterusnya…Apa yang ada pada tarikh lahir Anda?

1 ulasan:

  1. assalammualaikum...
    saya merupakan seorang pelajar..saya masih x tahu nak jadi ape...
    saya harap dr bley terangkan pekerjaan yang sesuai dengan saya..
    tarikh lahir saya 18/12/1995...

    BalasPadam